Day 3
Pada hari ketiga , aku bercadang untuk melawat tempat-tempat
membeli belah yang terkenal di Korea . Rugilah aku kalau tak merasa berbelanja
disini.Semalam Minwoo memberitahu aku terdapat beberapa tempat membeli belah
yang paling gemar dikunjungi oleh pelancong asing dan penduduk disini
sendiri.Hari ini kami akan melawat 3 daripadanya.
Dalam perjalanan ke sana kami tidak banyak berbual. Aku
masih lagi janggal berada di sampingnya kerana baru sehari bersama.Sungje dan
Hyujong tidak dapat menemani aku sepanjang lawatan ini kerana masing-masing
sibuk dengan urusan peribadi.Aku termenung sendiri.
“ehemm!” Minwoo mematikan lamunanku.
“You missed your country ?”
“Aha not really.I love to be here.”jawabku.
“I know it is a bit awkward right ? But don’t worry I am
sure we will be closer today.”
“Yeah~ I hope so !”aku
menjawab senang .
Kereta kami berhenti.
“We are here.The no.1 fashion street in Seoul. Myeondong
!” kata Minwoo dengan penuh semangat sambil mengangkat tangannya.
Aku memandang Minwoo dengan senyuman.Kami turun dari kereta
dan berjalan menuju ke kedai kedai yang terdapat disana.Terlalu banyak
kedai-kedai baju disepanjang jalan tersebut.Nasiblah aku bukan shopaholic.Aku
tidak membeli apa-apa cuma menangkap beberapa gambar untuk dijadikan kenangan.Baju-baju
yang dijual mengikut trend masa kini.Teringin juga mencapai beberapa
pasang baju tetapi niat itu aku kuburkan kerana kami akan pergi ke tempat lain
yang mungkin harganya lebih murah berbanding disini.
“I think we should go to Insadong . There are more
Korean-like stuff or oriental style something.Plus , you can buy souvenirs for
your family and friend there.” Katanya.
“Ok.” Jawabku ringkas.
Kami bergerak ke Insadong.Ya ~ Banyak barangan yang
dijual disini.Harganya biasa-biasa
saja.Aku membeli beberapa jenis cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia dan
dijadikan kenangan.Selepas puas berjalan di Insadong , Minwoo membawa aku ke
COEX Mall.Seperti di Malaysia , terdapat banyak pusat hiburan didalam pusat
membeli belah ini.Aku cuma sempat mencapai beberapa helai baju yang boleh tahan
murah harganya.
Setelah penat berjalan seharian kami berhenti seketika di
tepi Sungai Han.Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki disini.Biasanya aku
hanya melihat di dalam drama-drama korea di Televisyen.Pemandangan disini
sangat indah. Kami duduk disebuah bangku
kosong yang terletak hampir dengan sungai .
Minwoo menyandarkan badannya sambil melelapkan mata. Mungkin
terlalu penat mengikut aku ke sana ke mari pagi tadi. Aku mengambil kesempatan
memandangnya . Mukanya putih bersih , alis matanya sangat menawan , bibir nipis
kemerah merahan . ‘Tak merokok kot’ bisikku dalam hati.Sedang aku asyik melihat
dia , tiba-tiba dia berpaling dan memandang tepat kewajah ku .
“Soo ? Why … are you looking at me like that ? Am I too
handsome today ? ” katanya sambil tersenyum sinis.
Jantungku berdegup kencang akibat panahan mata dan
senyumannya yang menggoda. ‘Apa aku nak jawab ni’ gusar ku dalam hati.Aku
menelan air liur. Mataku tertancap ke bahagian lehernya.
“Ohh. No. I’m looking at you necklace, really pretty!”
Aku cepat-cepat mengubah topik.
“Aaaa~ my mother gave it to me before she’s gone.It was
really special for me.” katanya dalam nada perlahan.Tangannya mengusap rantai
tanpa loket tersebut .
“Awh ~ I’m sorry.” Jawabku serba salah.
“It’s okay.By the way, we are closer now right? You can ask
me anything you want.”Dia tersenyum sambil memandangku.
Aku mengangguk. Malam itu ditemani cahaya bulan dan cahaya
bangunan tersergam indah , aku semakin mengenali dia yang bernama KIM MIN WOO.
‘Kalau dekat Malaysia mungkin dah kena tangkap basah duduk berdua duaan macam
ni.’ Getusku dalam hati.
Minwoo menghantar aku pulang ke hotel.Aku senang dapat
berbual dengannnya.Aku masuk ke bilik , membersihkan diri dan berbaring di atas
katil.Aku mencapai list yang aku letakkan di atas meja . Aku menanda
tempat-tempat yang telah aku kunjungi.Tinggal bberapa tempat sahaja lagi yang
belum bertanda.
“Nami Island ? hmm” aku bercakap sendiri.
“Esok boleh kot”
Aku mencapai telefon bimbit dan menaip ‘Nami Island tomorrow
~ okay ?’ . Kemudian butang send disentuh.
‘Sent to Minwoo’
Tak lama kemudian telefon ku berbunyi.
‘OK *wink* ‘
Aku tertawa kecil. ‘Comel comel comel’ kataku dalam hati
seperti Upin Ipin mengatakan ‘Betul betul betul’.